Sunday 28 July 2013

13 aurat wanita yg wajib dijaga


1. Bulu kening – Menurut Bukhari,
Rasullulah melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening
atau meminta supaya dicukurkan bulu
kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu
Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng
– Dan janganlah mereka (perempuan)
membentakkan kaki (atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan
yang mereka sembunyikan – Petikan dari
Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/
melenggokkan badan mengikut hentakan
kaki terutamanya pada mereka yang
mengikatnya dengan loceng…sama juga
seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang
memakai wangi-wangian kemudian
melewati suatu kaum supaya mereka itu
mencium baunya, maka wanita itu telah
dianggap melakukan zina dan tiap-tiap
mata ada zinanya terutamanya hidung
yang berserombong kapal kata orang
sekarang hidong belang – Petikan dari
Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan
Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan)
melabuhkan kain tudung hingga menutupi
bahagian hadapan dada-dada mereka –
Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan
yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis
Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan
yang menjarangkan giginya supaya
menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu
(perempuan) di rumah kamu dan
janganlah kamu menampakkan perhiasan
mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan
menurut Maqatil sengaja membiarkan
ikatan tudung yang menampakkan leher
seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu
Bakar telah menemui Rasullulah dengan
memakai pakaian yang tipis. Sabda
Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
seorang gadis yang telah berhaid tidak
boleh baginya menzahirkan anggota
badan kecu ali pergelangan tangan dan
wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat
Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang
ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan
sejenis yang tidak halal baginya – Petikan
dari Hadis Riwayat At Tabrani dan
Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada
perempuan mukmin hendaklah mereka
menundukkan sebahagian dari
pemandangannya – Petikan dari Surah An
Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan
sampai pandangan yang satu mengikuti
pandangan lainnya. Kamu hanya boleh
pandangan yang pertama sahaja
manakala pandangan seterusnya tidak
dibenarkan hukumnya haram – Petikan
dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan
Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah
perempuan-perempuan itu terlalu lunak
dalam berbicara sehingga berkeinginan
orang yang ada perasaan serong dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-
perkataan yang baik – Petikan dari Surah
Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat
ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala
mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi perempuan, maka
Allah akan tenggelamkan mereka itu
dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat
Ibn Majah.

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan mukmin,
hendaklah mereka menundukkan
pandangan mereka dan menjaga
kehormatan mereka – Petikan dari Surah
An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima
waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya,
maka masuklah ia ke dalam Syurga
daripada pintu-pintu yang ia
kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al
Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang
membuka pakaiannya bukan di rumah
suaminya, melainkan dia telah
membinasakan tabir antaranya dengan
Allah – Petikan dari Hadis Riwayat
Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai
pakaian yang berlebih-lebihan terutama
yang menjolok mata , maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari
akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat
Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.
Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah
kepada isteri-isterimu, anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang
mukmin, hendaklah mereka memakai baju
jilbab (baju labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah diken
ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu.
Allah maha pengampun lagi maha
penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka
ialah perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang yang condong
pada maksiat dan menarik orang lain
untuk melakukan maksiat. Mereka tidak
akan masuk Syurga dan tidak akan
mencium baunya – Petikan dari Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan :
Wanita yang berpakaian tipis/jarang,
ketat/ membentuk dan berbelah/
membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah!
Adapun perempuan-perempuan yang
akan digantung rambutnya hingga
mendidih otaknya dalam Neraka adalah
mereka itu di dunia tidak mahu menutup
rambutnya daripada dilihat oleh lelaki
yang bukan mahramnya – Petikan dari
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

No comments:

Post a Comment